Tempat Dating Pertama

Salam alaikum...


Sebab mek dah macam lemau sangat dengan blog tapi sehabis baik mencuba untuk update, maka nak cerita dekat korang la berkenaan gambar di bawah 😝


Kedai makan 🌹


Disebabkan time kita orang jumpa tu masing masing dah ada pasangan (hati tak teguh), nak kata officially dating tu idok ler. Tapi boleh dikatakan sebagai tempat pertama yang kita orang duduk, berborak, makan.

Seingat mek la, spouse order nasi goreng tomyam dengan air sirap bandung tiga layer. Mek pulak makan ape je. Lupa. Ke tak makan, minum je. Sebab dah kenyang. Bukan sebab tak keruan atau hati kencang ok ! Takde feeling macam dating pun 😅

Waktu dating tu lepas dia balik kerja. Gigih jugak la datang tempat mek sebab nak jumpa. Mungkin dia suka dengar mek cakap kot. Mek kan talkactive . Tapi sekarang rasenya dia lali kot dengan ayat-ayat manis mek ❤️ Dulu perghhhhh, asyik bagi kata kata semangat je. Sudahnya terpaut. Nasib baik terpaut pada dahan yang kukuh. Kalau yang rapuh, tinggal kenangan 😂

Time dating tu rasenya bawak sorang kawan mek buat teman. Kalau tak silap mek la. Tak nak bagi rase janggal sangat. Kalau duk berdua kang tak tahu pulak nak bukak topik ape. Ni kawan ada boleh la tolong open issue untuk dibincangkan / diborakkan.

Tu je la yang mek ingat. Takde yang lucu / aneh pun semasa dating kali pertama. Biasa je. Lepas dating pertama tu mungkin la banyak drama 🤣

Korang mesti pernah lalui jugakkan? Nanti share dekat komen ye 😜


Sekian...

Astro On the Go - Tonton Astro tanpa TV

Salam alaikum... 


Uols, tipu kalau korang cakap tak tahu pasal Astro On the Go ni 😌 Kemain lagi Astro duk iklan (bakar tv la, pecahkan cermin tv la) semata mata nak bagi awareness yang Astro sekarang dah boleh tonton di mana jua korang berada 😱

Apps ni bukan lah sesuatu yang baru sebab sebenarnya dah lame Astro implement apps ni. Cuma dulu mungkin tak begitu dikhabarkan untuk tonton melalui apps. Ala, lebih kurang iklan McD la ni, padahal ayam goreng McD tu dah sekian lame wujud baru sekarang duk berbaris panjang - tu semua pengaruh iklan 😊


Inilah rupanya apps tu. Boleh dapatkan secara percuma dekat store masing masing 👌🏻

Bagusnya apps ni macam diberitahu tu lah. Boleh menonton movie / drama di mana pun. Contohnya time keluar rumah ataupun time duk kat office, boleh la layan channel yang korang nak tengok tu 😍


Pesanan - line internet kena sado hokei untuk buffering tanpa halangan 💪🏻


Plus, apps ni boleh download movie / drama yang korang nak tengok. Maksudnya kalau tak nyempat ke, boleh je download 👍 BUT ! It wont last for long, just a week 😒 Tapi kira ok la kan 😝


Overall rating for this apps - 4/5 👍

Korang tak nak download ke apps ni? Ke dah ada?


Sekian...

Walls Ice Cream Sandwich

Salam alaikum...


Sape kat sini dah try si Sandwich ni? 

Icecream ni dah lame tapi takde lame sangat. Dalam pantang hari tu duk iklan. Goyah pantang mek 😩 Dalam banyak makanan dan minuman, icecream jugak yang mek tak tahan 😂 Tapi pantang kali ni spouse tak seperti pantang terdahulu. Time pantangkan Amani - icecream Milo baru keluar. MasyaAllah, terliur giler ! Entah hari ke berapa pantang, mek keluar dengan spouse nak pegi isi petrol. Sekali kedai kat stesen minyak tu ade jual si icecream milo ! Mulut tersasul cakap nak. Spouse pun memberi kerjasama dengan membelinya 😂 Gumbira hati bila malam tu kita orang sama sama makan icecream milo 🤤 tanpa rasa bersalah dan menyesal 😞

Beza dengan pantangkan Amzar. Makan jugak si Magnum tu tapi at least dah lepas 40hari 🤣 So, ini icecream second yang mek makan lepas pantang ❤️



Ade lukisan. Kreatif 👍

Rase dia cam biskut marie kapit dengan icecream 😅 Boleh la kalau nak hilangkan rase terliur. To be honest, Magnum lagi win ! Lagi feel bile makan 😝

Korang dah rase ke belom? Ade pendapat lain tak?

Sekian...


Pemberitahuan / Perubahan untuk Queen Bee by Mek

Salam alaikum...


Nampak tak yang mek tak berjaya update blog macam mek plan sebelum beranak haritu? 

Lepas beranak ni, lagi la rase tak boleh nak penuhi target yang telah mek cipta 😭 Antara sebabnya adalah :

1. Bila Amzar dah nyenyak tidur, itu lah masa untuk bonding dengan Amani. Kalau dah Amzar bangun mane nak sempat layan dia dah.

2. Dua dua dah tidur. Itulah masa nak uruskan diri, uruskan kelengkapan anak. Itulah jugak masa nak tolong spouse kemas kemas. Kata janji 70:30 kan? 🌹

3. Mek pun manusia yang bukan 24/7 melekap dengan talipon 🤣

Tambahan pulak mek dah nak start keje on this becoming Sunday 😭 Bila dah lame cuti, rase nak resign je. Rase nak jaga anak sendiri. Tapi bila pegi KL haritu, niat tu mati 😂 Paham paham laa 😝

Tapi, untuk elak blog dari berhabuk / bersawang / terbengkalai - mek insyaAllah akan update setiap Jumaat ❤️Stay tune ok ?




Korang boleh jugak follow mek dekat FB - Ayuni Dibble 🌸 Boleh la keep in touch sementara nak tunggu update blog.


Sekian..

Magnum Red Velvet - Inspiration by Red Velvet Cake

Salam alaikum... 


Mek memang suka makan aiskrim. Tak kesah aiskrim jenis mana, semua mek telan 🤗 One of favorite mestilah Magnum ❤️ Kenapa?

Well, Magnum ni bukanlah yang baru wujud. Seingat mek masa mek 6tahun tu dah merasa aiskrim Magnum. That time flavor choco biasa je ade. Iklan dia time tu memang tak nak kalah laaa 😂 Lebih kurang dengan iklan ayam McD sekarang ni. Bunyi krup krap patah chocolate belgium Magnum 👍 Dan sampai sekarang kalau iklan Magnum mesti ade bunyi tu 😊


Dia punya packaging pun dah nampak sedap tekak 😌 Nyaman je tengok aiskrim ❤️


One bite ! And I must say that Im in Love ! ❤️👍😍

Dia buat kali ni dengan White Choc same dengan Magnum White Choc Almond ❤️ Jadi, 👍 untuk ini juga. Lapisan Red Velvet dia memang manis plus dengan white choc pulak. So perfect match !

Korang dah try Red Velvet Magnum ? Kalau belum, recommended 👌🏻Kalau dah, ape pendapat korang?


Sekian...


Teaser GiveAway by Mek - April 2017

Salam alaikum..


Demi melengkapkan misi tahun 2017, GiveAway for April 2017 is now open !

Tapi sayangnya kali ni mek tak boleh nak buat macam bulan sebelum ni. Oh, yang Mac punya belum diposkan lagi. InsyaAllah bile mek dah masuk keje on this becoming May, mek akan post-out semuanya 💪🏻 Harap bersabar ye.



Cuba teka mek nak bagi ape pulak kali ni ❤️

Sekian..


Social Media Facebook

Salam alaikum..


Allahu, tak nyempat jugak nak update blog. Baru nak pegang phone anak dah bangun 😂 Idea pun hilang. Terkadang nak update, gambar dah ade, entry pun dah tulis jugak sekerat tiba tiba datang mood pending peram dekat draft

Untuk itu, mek nak offer dekat sape sape yang sudi nak add mek as friend dekat facebook korang.


Kalau korang search name mek memang tak keluar, sebab dulu mek setting tak bagi orang cari. Jadi nak mintak korang tinggalkan link FB korang supaya mek dapat add korang 😍

So at least tak de la kita tak bersua berminggu minggu kan?

Sekian...