Comel Blogger Contest

Assalamulaikum sahabat blogger!


Comel Blogger Contest

Kan mek dah cakap, orang kalau jemput mek masuk contest memang takkan kuciwa *hahaha* sebab mek on je bila orang ajak masuk GA ni. Sambil tambah kenalan of course. Hmm, dan mek pelik kalau segelintir blogger yang memang tak berapa suka kalau ditag untuk join GA cam gini. Dia rasa rimas ke? Ke dia rasa blog dia hanya untuk content Informasi only? Atau dia lebih suka follow yang betul betul berguna untuk dia? Wondering…

Tapi bior ler. Kalau tak nak join sudeh. Bagi mek dunia blog kan luas, so kawan pun akan ramai, dah circle ramai kena la bawak diri dalam kelompok yang ramai J Dah jadi entry membebel la pulak. Nah ni informarsi untuk join contest ni :

Anjuran                       : http://www.sishawa.com
Tarikh tamat                 : 25 Nov. 2017 (Sabtu)
  
Syarat dia mudah yang amat. Dan mek dah follow (semampu yang boleh) semua syarat yang telah dikenakan. Korang kalau nak join klik je link ni : http://www.sishawa.com/2017/11/comel-blogger-contest.html untuk dapatkan syarat dan drop link yang korang dah join this contest. Sama-sama kita doakan agar ada rezeki kita juga untuk kali ini J Kalau takda, anggap rezeki tu lain kali.


Sekian…

Cousin's Wedding : Syahmina and Shafarin

Assalamulaikum sahabat blogger!


Happy Wedding Mina !

Finally sepupu mek yang seangkatan dah selamat menjadi isteri orang, Alhamdulillah. Antara tiga ni, mek yang paling awal kahwin. Paling awal bertemu jodoh. Huhu. Dan Alhamdulillah dah beranak dua. Sepupu mek ni antara yang paling rapat la time kecik-kecik dulu. Selalu tido rumah bila hujung minggu. Selalu berkongsi cerita pasal crush. Wahaha. Bila dah masuk asrama, situ mula lah renggang sikit sebab cuti tak sama. Nak lepak tu takde masa. Bila dah kerja lagi lerr sibuk tak boleh nak lepak.

Bila dapat tahu nak kawen, mek sendiri pun tak tahu sape orangnya sehinggalah pada hari perkahwinan dia. Betul-betul terjarakkan hubungan kitaorang disebabkan kehidupan masing-masing yang sibuk. Walaupun dapat raya bersama tiap-tiap tahun tapi masa raya pun ada family masing-masing and ada adik-beradik serta anak saudara masing-masing. So, takde time nak bonding.


Pengantin yang dah lama



With the real bride and groom. Ini je gambar paling elok lepas tapis sebab Amzar menangis nak dukung dengan Mommy

Last but not least, selamat pengantin baru sepupu. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semoga kita semua diberkati dan juga diredhai sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Semoga juga cepat-cepat join kelab Mommy J Nanti boleh lah share pasal anak-anak pulak.



Sekian…

Ammar Amzar Turning 8 Months

Assalamulaikum sahabat blogger Mommy!
  


DO YOU LOVE ME ?

Kenal saya tak? Nama saya Amzar. Sure mommy saya pernah cerita pasal saya, kan? Mommy saya sibuk so saya yang ambik alih this blog. Just for this entry J Sekarang saya dah umur 8 bulan. I bet, I still cute. Dah umur 8 bulan ni, tak kena gi klinik untuk timbang atau inject. Last mommy timbang saya masa dekat klinik yang saya kena allergic buah pear tu. That time I was 8.5kg. Sekarang entah lah. Mungkin lebih kurang jugak. Tak dengar pulak mommy merungut saya makin berat J

Saya ni peminat setia mommy. Tapi bila mommy pergi kerja saya terpaksalah duduk dengan Tok Ma saya dan jugak kakak. Mommy pernah cite tak pasal kakak? She was so dramatic ! Tahu tak dia nak susukan saya dengan boobs dia. I refused! Mana sama dengan mommy saya punya. Oh, lepas dia tak berjaya susukan saya dia akan buat drama air mata. Untuk tenangkan dia, Tok Ma bagi bear untuk dia susukan. Dan dia happy. Dan saya selamat J

Pada umur saya 8 bulan ni, saya masih lagi tak boleh merangkak. Tapi saya dah nak berdiri. Mungkin saya ni tak merangkak kot. Saya nak berjalan terus. Barulah nampak lelaki sikit kan? Lagi pulak, mommy cakap kalau saya cepat boleh jalan nanti mommy nak bawak saya pergi travel. Plus saya nampak mommy tu excited sangat nak saya berjalan sampaikan beli kasut untuk saya pakai. Hari tu pergi aeon tercabut satu kasut saya. Mommy tak perasan. Bila dah perasan tu kalot mommy cari balik kasut tu. Rezeki saya masih ada. Alhamdulillah.

Nampak macam banyak dah saya bercerita. Lain kali saya tulis entry lagi ye, bila mommy bagi password PC dia. Kalau tak, memang tak dapat la saya nak cerita pasal saya J Oh mungkin kakak akan join jugak. Tapi dia tu jenis dramatic sikit. Tunggu je la ye.

Kalau ada nak tanya apa-apa pasal saya, boleh je drop kat komen. Ni mommy saya yang ajar. Bila dah habis present, bukak ruang untuk QnA J



Sekian…

SPM Fever Giveaway

Assalamulaikum sahabat blogger !


SPM Fever GA

Eyh, dah lepas satu, satu pulak GA memanggil. Mek suka je join GA ni asalkan orang ajak lerr. Kalau orang tak ajak, mek tak join jugak. Entah kenapa memang dari mula-mula wujud QueenBee lagi. Bunyi cam sombong, kan? Kenal in person tahu ler mek ni gaya cam mane ye J Tak nak buang masa, jom join GA ni. Tak rugi pun join sebab mana tahu rezeki, dapat hadiah. Nak tunggu birthday lambat lagi J Kan seronok tetiba abam pos laju datang bawak parcel bagi kita, tak pun tetiba orang mintak nombor akaun sebab nak kreditkan duit, wahahah ~ heaven sangat! So, korang wajib tahu details pengajur sebelum join GA ni. Berikut adalah serba sedikit maklumat :

Pengajur       : http://www.zukidin.com/
Tarikh tamat     : 30 November 2017 (Khamis)

Korang harus join GA ni. Syarat dia mudah babeng oiii. Terjah link ni okei : http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html  Lagi satu pesanan mek, jujurkan diri korang ye dengan follow semua blog yang berkolaberasi dengan penganjur. Kena betul-betul ikut syarat. Kalau tak, nanti tak adil untuk blogger yang follow semua tu.

Pengajur jugak mintak mek karangkan satu kejadian (kisah benar) time SPM dulu-dulu. Hmm, mek dulu-dulu SPM dekat sekolah yang berasrama penuh. Kejadian lewat datang ke exam hall, tertinggal IC tu memang takada. Insiden ketika exam memang takada. Tapi insiden ketika di asrama tu banyak. Disebabkan form 5 je yang ada di asrama, perghhhhhh macam sekolah ini aku yang bina ! Tak main la bapak yang punya. Rasa macam owner terus. Esok nak exam sejarah, hari ni boleh je memasak nasi makan ramai-ramai. Takada rasa kalut nak ulang kaji atau buat latih tubi. Pendekkan cerita, rata-rata result kami time tu untuk sejarah dapat B sebab katanya jawapan kami nampak macam lebih kurang, nak cop meniru pun tidak, tapi mungkin sebab soalan dah agak kebocoran. Hahahah. Yang untung adalah mek sebab mek daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5 memang fail aje sejarah ni. Tak pernah lulus. PMR tu tak sure kenapa dapat A. HAHAHAHAH!

Dah join tu jangan lupa komen dekat bawah J



Sekian…

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi Giveaway By ASTRAVELER

Assalamulaikum sahabat blogger !



GA by Akuseorangtraveler

Oh so sorry sebab GA ni dah lama memanggil dan baru sekarang buat entry untuk dia. Tapi semua syarat mek dah follow since hari dia mengajak J Thanks ye sebab jemput mek. Terharu orang ingatkan kita bila buat GA. Dan dengan ini jugak mek nak ajak korang pulak join this GA. Butirannya seperti berikut :

Pengajur         : http://www.akuseorangtraveler.com
Tarikh tamat    : 20 November 2017 (Isnin)

Korang harus join GA ni. Syarat dia mudah babeng oiii. Terjah link ni okei : http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

Dah join tu jangan lupa komen dekat bawah J



Sekian…

Contest Baby Comel by Pantai Timur Mart

Assalamulaikum sahabat blogger !

Masa Amani dulu lagi mek memang suka nak masukkan anak dalam photo baby ni. Bukan sebab bajet anak mek comel atau cute atau seumpamanya tapi sebab mek suka kalau ada photo anak yang macam ambik dekat studio *hahahah* nak tunggu photoshoot sendiri tak buat sampai ke sudah, so ini lah antara peluang yang ada.

Mek takdelah berharap agar anak menang ke apa tapi kalau dapat saguhati pun jadilah J Yang bestnya bila pergi photoshoot macam ni kita akan jumpa dengan ramai baby lain jugak. Dan ofcourse akan jumpa mereka also. Itu biasa je la. Yang agak menghidupkan suasana photoshoot tu mestilah ragam anak ketika nak photoshoot DAN gelagat parents nak bagi anak tu ketawa hahahahaha. Mek antara yang last untuk photoshoot anak. Time mula-mula mek sampai tu orang dah start photoshoot dan that time baby meragam and memang tak bagi kerjasama langsung. Memang nampak muka kecewa. Ada juga yang memang bersungguh giler main ciku cak dengan anak sampai terlanggar photographer. Nasib baik tak tumbang lampu J


Harap ada tuah untuk Amani dan Amzar


Ready for photoshoot !


Amzar in action


Amani also in action

Mek mungkin dalam kategori mak yang excited lebih tapi tak langgar photographer. Lepas tengok gambar anak, dalam hati dapat hamper pun jadi la dikkk. Apa-apa pun mek just nak ambil pengalaman dan tengok parents lain entertain anak diaorang tu macam mana. Yela, lain padang lain belalang – kan?

Korang pernah tak photoshoot baby? Ada pengalaman yang menggelikan hati tak? Jom share dekat komen.



Sekian…

Bila Amani dah Muat Baju Mummy

Assalamulaikum sahabat blogger !

Mummy mek memang jenis simpan semua baju lama-lama. Memang dia tak bagi kat orang. Banyak baju mek dengan abang-abang mek dekat rumah nenek. Katanya nak buat kenangan, sayang kalau bagi kat orang lain nanti anak dah besar tak boleh tengok baju yang diaorang pakai. Bagi mek terpulang. Kalau nak bagi orang pun ok nak simpan pun ok tapi kena ada space.

Masa cuti pantang hari tu, seminggu sebelum masuk kerja, mek pergi la bertapa kat rumah nenek mek. Masa tu la mummy mek a.k.a nanny Amani carikan baju-baju lama. Nasib baik la time bukak almari dan bungkusan kain tu tak keluar apa-apa. Dah bertahun peram dalam almari. Mek takut yang keluarnya lipas je. Mek tak boleh dengan lipas, sebab dia serangga yang scary – terbang tak pasal-pasal nak hinggap kat orang *duhh*


Amani is wearing baju Mummy time Mummy at your age

Bila tengok anak pakai baju kita, macam dah besar anak mek ni. Dah boleh pakai baju mummy masa kecik-kecik dah. Sat lagi Amzar pulak ikut jejak kakak. Bila dah besar ni senang sikit mummy nak plan pergi bercuti J So cepat cepat besar so that kita boleh pergi holiday !

Apa perasaan korang bila dah tengok anak besar, dah boleh pakai baju kita, dah boleh buat apa yang kita buat. Rasa tak diri kita makin meningkat usia? Hahahha, nanti share dekat komen ye.



Sekian…

Jumpa Kawan Lama Blogger Atiela

 Assalamulaikum sahabat blogger !

Last part nak cerita pasal pergi Terengganu that day. Dah sudah semua kursus umrah, mek dan anak-anak pun dah selamat tengok Tombiruo so its time to balik. Sebelum balik tu memang dah janji awal-awal dengan kawan sekolah mek merangkap blogger jugak – pemilik http://sheisalawoo.blogspot.my . Korang nanti boleh ler terjah blog dia. Kalau tak update tu maknanya sibuk lerr tu.

Dalam ramai kawan-kawan sekolah dan kenalan office, dia je yang turut terjebak menjadi blogger J Mungkin sebab kami sama – talkactive so memang tak muat nak tweet and facebook. Maka jadinya blog lerr tempat kami cerita sepuas hati. Nak jumpa Atiela ni bukan senang jugak sebab memasing dah ada life dan walaupun sekampung tapi dia kerja di Terengganu. Memang setahun sekali nak meet up memang susah. Ni kira nasib baik lerr mek dapat curi dia kejap on weekend.


Mama Laa belanje mummy makan celup tepung kat Teluk Ketapang


Potret Family haruslah ada

Atiela bawak mek makan celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang. Area belakang airport Terengganu. Sekarang ni memang trend dekat Terengganu 40 ekor baby udang RM10 so memane je kat Terengganu macam tu ler offernya. Bezanya kuping dia tu je sedap ke idok. Yang kami makan ni agak ok. Harga mampu milik dan rasa sesedap tekak. Selain daripada celup tepung ada jugak mee rebus / maggy rebus seafood. Boleh la korang pilih ikut selera. Mek paham makan celup tepung tidak mengenyangkan J

Untuk Mama La, thanks ye spend time dengan my family walaupun tak dapat nak tengok wayang sama-sama. InsyaAllah lain kali jumpa lagi. Semoga Mama La dalam lindungan Allah selalu J

Korang kalau meet up dengan kawan suka lepak kat kedai makan atau lepak buat aktiviti contoh tengok wayang / shopping? Jangan lupa share dekat komen ye.



Sekian…

Lotus Five Cinema, Kuala Terengganu

Assalamulaikum sahabat blogger !

Sambung sikit lagi cerita Terengganu hari tu. Kelantan takde wayang, korang pun tahukan. Dan bila pergi tempat ada wayang haruslah kena terjah. Tapi serius memang tak tahu cerita apa yang ada kat wayang sekarang ni. Bila dah check out daripada YT Midtown Hotel lebih kurang 11.45pagi, mek terus ke Paya Bunga Square Kuala Terengganu. Jarak dengan hotel lebih kurang 5KM je kot. Ke tak sampai pun tapi serius memang dekat.

Disebabkan tak buat research, main redah aje so pusing la satu Paya Bunga Square dari tingkat bawah sampai la ke atas. Memang shoplot banyak tutup. Yang ada hanya Agensi Kerajaan sebab tu adalah UTC Terengganu ! So, turun balik kat bawah tanya dengan Khidmat Pelanggan. Rupanya wayang tu kat bangunan depan. Tapi dekat je la, jalan kaki je. Naik lif tingkat 8 untuk kaunter. Dari lif kena jalan almost 800m kot untuk purchase tiket. Maka terbelilah tiket Tombiruo yang dah mek review tempoh hari.


Lotus Five Cinema, Kuala Terengganu


Makan Nasi Ayam Penyet di Paya Bunga Square


Amani yang tak boleh terpisah dengan pencil dan kertas

Itu je la perkongsian mek tentang Paya Bunga Square. Just incase korang nak pergi tengok wayang kat Terengganu, jangan masuk Paya Bunga Square tapi masuk building yang depan tau dan naik lif ke tingkat 8 J

Korang pernah pergi Paya Bunga Square ni? Meh citer dengan mek korang buat apa kat sane J


Sekian…


Hotel YT Midtown Kuala Terengganu, Recommended ke Idok?

Assalamulaikum sahabat blogger !

Unplanned pergi bercuti ke Kuala Terengganu on last Oct. Nak kata unplanned boleh jugak la sebab yang sebetulnya nak pergi hantar mertua kursus umrah kat sane. So alang-alang pergi hantar diaorang, mek ambil la peluang ni untuk bercuti kononnya gateway J Tentatifnya nak pergi Jumaat and hari Selasa baru tahu nak kena pergi. Idok ler kelam kabut sangat sebab Terengganu jiran je dengan Kelantan. Mek just kalut tang hotel je sebab semenjak ada anak kecik ni, kalau travel memang perlukan hotel. Tak boleh nak buat macam single doludolu. Main redah je ke mane tak fikir pun nak menginap.

Bila survey semua segalanya, dengan bantuan kawan mek yang kat Terengganu, so dia suggest Hotel YT Midtown. Sebab mek dah bagi siap-siap ciri-ciri bilik yang mek cari. Paling penting harga. Disebabkan satu malam dan tempat yang dah biasa mek pergi, so mek cari rate bawah RM130. Memang untuk tidur je. Tapi disamping tidur, ada demand jugak nak breakfast J Tapi memang YT Midtown Hotel dapat fulfill apa yang mek nak tu J Jom tengok kenangan yang mek sempat gambarkan.


Twin Bed – Senang sorang satu bed


Sampai dah Maghrib, Amzar looks happy dengan stay ni


Breakfast yang at least mengenyangkan


Good Morning from Kuala Terengganu !


Spouse dan anak anak


Mek dan anak anak


Lepas breakfast sambung tidur


Price rate untuk bilik di YT Midtown Hotel

Okei, habis dah review mek pasal hotel kat Kuala Terengganu ni. If korang tanya would mek repeat the stay, I would say yes and definitely. Satu sebab harga and satu lagi pasal lokasi. Its middle in the town. Nak cakap boleh jalan kaki kang penat pulak but kalau backpackers, memang suit sangat. Wayang dekat, pasar payang dekat. Higly recommended. Parking pun tersedia untuk pelanggan.

So korang ada plan nak pergi bercuti? Moh ler ke Terengganu J


Sekian…



Ammar Amzar : Alergik Pada Buah Pear

Assalamulaikum sahabat blogger !

Bila Amzar dah masuk 6 bulan, mek memang excited habis nak buat baby food dekat dia. Baby food untuk 6months ni lebih dikenali sebagai puree / puri. Dulu masa Amani, idok ler se-excited ini dan mek memang serahkan pada mertua je menu untuk Amani. Sejak terjebak dengan pinterest (almost 7 months), segala info pasal penyusuan dan pemakanan baby ada kat situ. Jangan tak tahu, pinterest ni jugak ler salah satu medium yang sokong para blogger untuk teruskan berkarya.

Pada peringkat awal memang mek start dengan brown rice. Lepas tu carrot. Lepas tu segala buah yang ada dekat supermarket tu J Mula-mula bagi apple ok je. Lepas tu try pear. Tetiba Amzar jadi macam ni :


Bengkak bawah mata, merah semua badan dan menggaru

Memang terfikir la seharian nape la budak ni jadi macam ni. Tanya mertua dia cakap lepas bagi makan puri pagi tadi terus jadi macam ni. Mek bawak jumpa doctor yang agak pakar dalam kanak-kanak and dia memang sahkan Amzar allergic. Plus kulit Amzar ni kering so lagi la menambahkan kegatalan dan kemerahan pada kulit dia. So she decided untuk bagi ubat ini :


Ezerra, untuk hilangkan kegatalan allergic serta melembabkan kulit

Alhamdulillah, Amzar suit dengan ubat ni. Lepas letak dia terus tak garu-garu lagi dah and kulit dia pun makin smooth. Harga ubat ni RM49.00. Agak pricey but worth to buy sebab tempoh keberkesanan tu agak cepat.


Mummy dan kakak yang lepas balik klinik. Adik nak tido lepas seharian menggaru

Korang ade pengalaman anak allergic dengan makanan tak? Nanti share dengan mek kat komen ye.


Sekian…


Pantai Senak, Kelantan Seakan Pulau Nami, Korea !

Assalamulaikum sahabat blogger !

Pantai yang mek sebut dekat tajuk atas tu, dah lama wujud. Tapi disebabkan masa tu poko rhu tak besar dan masih kanak-kanak, jadi pantai tidok ler se-femes pantai yang ada dekat Kelantan ni contohnya Pantai Cahaya Bulan, Pantai Geting, Pantai Irama, Pantai Tujuh.

Bila dah besau pokok-pokok rhu tu, plus dengan netizen sekarang duk layan K-Drama yang tentunya menyajikan keindahan Korea dengan pulau-pulaunya – maka tercetus ler nama Pantai Senok a.k.a Pantai Nami. Memang kalau sampai sini, almost semua kedai makan memang letak nama Nami tu. Powernya pengaruh K-Drama kat netizen ni. Tapi satu je mek hairan, kebersihan deme Korean takde pulak netizen nak ikut. Ok bye..

Mek selaku orang Kelantan tak nak lepaskan peluang yang ada untuk merakamkan diri di Pantai Senok ni. Walaupun dah agak lama pantai ni viral, tapi ok lah kan, at least ada gambar kat sini J


Mek dan Amani Amzar


Spose dan Amani Amzar


Potret Keluarga di Pantai Senak


Potret Keluarga di Pantai Nami


Pantai Senok yang berpasir putih, bersih

Info tambahan, dekat Pantai Senok ni tak de makanan yang celup tepung tu, yang ada Maggy Telur Sotong. Kira tu tarikan baru la. Selain tu masakan panas lain ada jugak. Mek agak frust jugak la sebab takde celup tepung sebab bila kena angin pantai tetiba mulut nak makan celup tepung J

Tempat korang pulak ape yang viral sekarang ni, maksud mek tempat tarikan yang baru untuk pergi. Nanti share dekat komen ye.


Sekian…


Monday Special at Secret Recipe Sepanjang Oktober 2017

Assalamulaikum sahabat blogger !



Sumber FB Secret Recipe Malaysia

Mek memang suka dengan makanan yang ada sales ni. Sebab bagi mek, time macam ni la kita nak try. Kalau saja-saja mungkin pricey sikit. Tambahan pula memang mek ada satu group lunch dekat office untuk keluar bersama kalau ada sales macam ni. Bila kawan mek sent pic ni kat whatsapp, terus semua setuju untuk grab October Monday Specials !

Untuk pengetahuan korang, sepanjang Oktober untuk setiap hari Isnin, Secret Recipe akan buat offer untuk selected menu dari jam 12 tengahari hingga 3 petang kalau tak silap mek. Memang waktu lunch hour. Seminggu sekali ok la kot nak makan tempat macam ni. Selebihnya kena makan dekat atas pasar je la J

That Monday yang offer adalah menu ini :


Lasagne Chicken

Tempting takk? Cheese dia memang meleleh giler. Roti dia sumpah lembut ! Allahu, rasa macam sayang sangat nak habiskan. This superdeals korang boleh grab dengan harga RM12.90 tanpa air. Kalau nak air tambah lagi duit jadi RM17.90. Air boleh pilih soft drinks atau tea yang ada apple tu.


Geng Kutu Makan BSN Kelantan

So korang dekat office ada lunchmate tak? Korang pernah try this lasagna? Nanti komen dekat bawah ye J



Sekian…


Ubat Untuk Merawat Kulat Susu / Ruam Susu / Rashes

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry kali ni mek nak share pengalaman Amzar yang mengalami ruam susu / kulat susu / rashes. Kategori rashes Amzar ni tidak la seteruk yang mek google, contohnya sampai menggaru, berdarah dan bernanah. Rashes Amzar mungkin disebabkan apabila tidur malam, dia menyusu sambil mengiring dan susu mengalir kat pipi dia. Plus dia pulak jenis kulit sensitive.

Mek dah cuba beberapa cream untuk hilangkan rashes antaranya Sudocream macam Amani dulu. Ada jugak try Diapro yang Amani jugak, tapi semua tu tak jalan L Mungkin sebab kulit Amzar kategorinya sensitive so dia tak jalan dengan ubat yang biasa-biasa. Bila mertua mek pergi checkup dekat Klinik Kesihatan, MA tu suggest untuk try VIZOMET. Ini rupanya :


Vizomet, RM8.50 farmasi Rantau Panjang

Alhamdulillah, amat menjadi dengan Amzar. Sekali pakai je dah okei muka dia. Bila spouse mek baca kandungannya, memang agak tinggi dan disebabkan itu jugak disarankan pakai sekali sehari sahaja. Takut membawa kesan sampingan yang lain pulak.


Happy boy, dah cute balik sebab pipi dah okei J

Korang pernah ada pengalaman rashes ni? Boleh share dengan mek di ruangan komen.



Sekian…


Aiskrim Viral ala B.Robin Depan Pasar Siti Khadijah, Kelantan

Assalamulaikum sahabat blogger !

Dekat dengan office mek baru-baru ni (maksudnya dalam 3 minggu ini) kecoh dalam ig kawan mek cakap ada aiskrim viral dekat-dekat sini. Untuk yang tak tahu, office mek berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Bila orang tanya mek pasal aiskrim viral ni, mek jawab tak tahu sebab mek tak pernah nampak ada orang jual aiskrim kat area ni.

Tapi nak dijadikan story, masa lunch dengan kawan mek, kita orang lalu ler depan kedai aiskrim tu. And kawan mek pun bagitahu yang sini la tempat aiskrim viral tu. Dekat benau je dik J Mek is hantu aiskrim. Dalam pantang iklan aiskrim milo pun mek sanggup langgar pantang. Kalau pergi kenduri sekalipun kalau ada van aiskrim tu, itu tempat pertama mek tuju, bukan nasi ye J

So jom tengok cam mana rupa aiskrim viral tu :


RM 5.90. Sekali pandang macam BR J

Taste dia memang sedap. Aiskrim yang dia guna memang berkualiti tinggi. Topping pun berkualiti jugak macam kitkat and ape benda lagi tapi mek sure benda tu bukan yang cekai. Wafer yang dia buat boleh pilih perisa apa either chocolate, red velvet or original. Memang superb ! Dan makan aiskrim ni memang kenyang weih. Mungkin sebab ada wafer J


Muka-muka yang tahu tentang berita viral kecuali yang depan tu, noob skit J


Tempat korang sekarang ada makanan yang viral tak? Kalau ada boleh share dekat komen.


Sekian…