Pok Mat Teh Tarik Madu, Kuala Besar PCB

Salam untuk rakan blogger mek semua ..


Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menulis blog hari ni. Sebelum sibuk dengan urusan hakiki, boleh la hadap blog ni kejap, update mana yang patot. Mek bet korang yang bekerja macam mek pun alami macam mek jugak, kan? Kekangan untuk on time up entry. Nasib baik la boleh draf siap-siap, tunggu publish je.


Hari ni nak share pasal satu lagi kedai makan yang korang boleh singgah bila datang Kelantan. Ramai jugak dah yang tahu pasal kedai ni sebab pernah tular kat media massa suatu ketika dahulu. Tapi ada jugak yang masih tak tahu, kan? Pok Mat Teh Tarik Madu / Pok Mat Sup Ikan, Kuala Besar PCB. 



Nasi Daging Goreng


Teh Tarik Madu plus Ais Krim Teh Madu


Sup 0


Ini basic menu yang kalau korang datang ke kedai Pok Mat. Kalau nak try sup ikan pon boleh jugak cuma mek tak pernah la try sup ikan sebab mek tak suka *erkk*. Makan macam ni harganya lebih kurang RM14 termasuk air. Kedai ni bukak daripada waktu breakfast sampai lunch sahaja. Dinner tak bukak. Tapi lunch tu sampai jam 2 je la ye. Kalau korang yang jenis lunch kul 3, kena awalkan sikit. 



Kenyang, Alhamdulillah


Korang pernah sampai sini tak? Kalau yang dah pernah, boleh share apa menu yang korang ambik. Kalau tak sampai lagi, tak terliur ke tengok teh tarik madu tu ❤



Sekian ...


Kenny Rogers : RM25 for Two !

Salam rakan blogger sekalian ..




Korang sempat tak grab deals ni? Bila iklan ni keluar kat timelines FB mek, terus snap bagi spouse. Kut kut la kali ni dia terbuka pintu hati nak try. Punya la baik justifikasi mek bagi kat dia yang deals ni agak murah sebab biasa kalau makan set yang ni lebih kurang RM18. 


Alhamdulillah, spouse setuju nak try RED Hot Deals ni. So kami pun singgah ler Aeon Malls Kota Bharu untuk menikmati this deals. Memang beratur tunggu meja. Full house ! Nasib baik anak tak meragam, tunggu dalam 3 minit je, dapat la meja untuk 4 orang. So jom layan gambar yang mek snap. Sat gi baca review mek pulak.



Banana and Vanilla Muffin


Sauce untuk penambah rasa


RED Hot Deals, Black Pepper Sauce


Untuk deals ni, dia tak datang dengan minuman. So korang kena order tepi yang bab minuman. Macam mek ambik air kosong je sebab share dengan Amani. Kang mintak air bergas, dia pulak yang duk putih mata. Spouse ambik air Citrus. Side dishes Hot Deals ni tak boleh tukar, memang tetap - salad, red beans dan mashed potato. That mashed potato letak sos honey tu memang mengancam sebab mashed potato dia kan tawar. 


So korang sempat tak grab deals ni? Any comments? Nanti share kat bawah ye ❤



Sekian ..


Now Everywhere Can Lunch - Set Lunch di The Manhattan Fish Market

Salam untuk semua sahabat blogger mek ...


Disebabkan boss mek away, jadi mek pun saja lah menggedik ajak geng lunch mek makan kat Manhattan sebab dekat FB duk syok iklan value lunch depa. Plus mek tak pernah try Manhanttan ni walaupun diaorang dah bertapak di Kelantan almost 3 - 4 years. Spouse mek lidah semenanjung, tak excited sangat nak try makanan barat - tetiba salahkan spouse padahal kita yang tak pernah ajak *muahaha*


Jom layan gambor dulu sebelum mek cerita pendapat mek ..



Broucher value lunch The Manhattan Fish Market


Menu yang mek ambik - Fried Salmon Belly


Pemakan. Waitress dia tinggi so gambar pun mendongak 


Dan free style


Alhamdulillah, portion yang dia bagi tu memang kenyang dan cukup untuk sorang makan. Cuma value lunch ni tak datang dengan air. Korang boleh mintak air kosong dengan dia. Itu mek rasa free. Nak add on air lain pun boleh just RM3 je. Cuma this lunch set kalau korang yang kena makan nasi on lunch, mek tak recommend as dia kenyang sementara. Macam kita makan KFC la. Kenyang that time tapi tak kenyang sampai ke petang.


Korang pernah layan Manhattan ni tak? Apa pendapat korang? Menu mana yang korang try? Nanti share dekat komen ye ❤



Sekian ..


Kesyukuran Amani Turns 2 !

Salam untuk semua sahabat blogger mek ...


Alhamdulillah, selamat sudah Majlis Kesyukuran sempena birthday Amani yang kedua. Tapi, allah time birthday ni jugak la dia buat drama air mata - tak nak potong kek, takut dengan topi birthday. Padahal sebelum ni elok je birthday dia potong kek, ambik gambar. Mungkin that day ramai orang so dia dah pun ada perasaan malu nak potong kek depan ramai orang - mungkin - - "


Mek ajak kenalan mek yang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan team office je pun. Niat mek daripada tengah tahun lagi, duit untung meniaga mek, mek nak buat makan-makan dan celebrating Amani's birthday sememangnya dalam plan tahunan. Next Amzar pulak on March. Itu nanti fikir kemudian.


So ni antara gambar kek, gambar keluarga dan gambar tetamu yang hadir memeriahkan sesuana majlis Amani. Rumah mek teres, memang agak padat la time makan tengahari tu. Harap tetamu kenyang je la. Nak selesa tu erkkk - faham faham aje la rumah teres.



Kek Blueberry Cheese


Dia buat perangai takot kat topi dan kek


Amzar dan Nani


Keluarga belah mek dan mertua


Zuha dan keluarga - tetamu yang pertama sampai


Officemate - Kak Ni dan Kak Da


Keluarga belah mek - sepupu dan mak saudara no 2 serta nenek


Team office - Kak Ta dan En Ezani serta anak-anaknya


Jiran tetangga - Kak Ina


Sepupu mek - Iwan dan Rabiah


Sedara belah mertua - Kak Yah serta keluarganya


Keluarga belah spouse - Mok Long dan Pok Su Yie


Jiran tetangga area rumah mertua


Jiran tetangga area rumah mertua


Jiran mertua - lebih kurang geng mek jugak


Team office - En Hanafiah dan isteri


Keluarga belah mertua - Sepupu sepapat mertua


Team officemate - Wan Hartini dan keluarga


Team officemate - Adik praktikal Anis dan Izah



Keluarga belah mek - Mak saudara no 4


Ini lah tetamu mek yang telah hadir. Untuk majlis kali ni, mek mandatorikan semua tetamu untuk bergambar sebab senang mek nak masuk album. Yang dah diajak tapi tak datang, senang nanti majlis Amzar nak buat kira-kira *hihi* Tapi apapun, alhamdulillah majlis takde la ding dong sangat, idok ler sempurna sangat. Just nice macam mek harapkan. Cuma spoil Amani je tak nak masuk gambar.


Itu sahaja kenangan untuk majlis kali ni. Harap next majlis dapat jugak meriah macam ni. Lagi meriah lagi best. Boleh letak gambar banyak lagi, sampai korang jemu nak skrol *hihi*


Korang pernah buat majlis kesyukuran tak? Apa menu korang hidangkan? And korang sempat tak bergambar dengan semua tetamu korang? Mind to share dekat komen ye ❤



Sekian ...


Suami Kedekut Tapi Nak Kerang Basah Fresh

Salam sahabat blogger mek ..


Masa mek skrol FB tadi, mek nampak kawan mek share post ini :



Pada hemat mek, 70% betul apa yang dia cakap tu. Orang perempuan bernama bini dan ibu ni biasanya dia akan fikir anak dan suami lebih daripada dia fikir diri dia. Kalau tanya mek, dari segi apa yang dipentingkan dahulu kepada anak dan suami - of course segalanya. Daripada bini start bangun daripada tidur, turun katil senyap senyap sebab tak nak bagi anak sedar. Kejutkan suami untuk solat subuh. Sembahyang subuh sama-sama. Kalau anak dah bangun, bergilir lah. Then buat sarapan sebab tak nak anak dan suami perut kosong. Mandikan anak, siapkan anak sebab faham bonding time dengan anak lebih bermakna daripada bini duk sibuk nak hias muka. Kadang bila anak dah tidur, baru bini curi-curi masa pergi mandi dan baru ada masa untuk makeup muka. Tu pun ambik tutorial makeup yang paling simple supaya tak pucat muka. Dah malam pun sama. Tetap tidurkan anak sebelum sempat tepek muka dengan moituriser. Itu semua kos yang ditanggung oleh bini. Kalau bini bekerja, ok lah. Kalau yang suri rumah memang income daripada suami je, macam mana?


Kau suami perlu bantu bini dalam berhias. Kau nak rumah kemas, tapi kau malas kemas - bersepah. Kau nak rumah kemas, tapi kau malas upah orang kemas sebab tak nak keluar kos - bersepah. Sama jugak kau nak bini cantik tapi tak nak bagi dia beli product penjagaan muka, tak nak belikan dia makeup - paling basic bedak kompak, gincu, alis mata, alis kening, pemerah pipi yang kosnya tak sampai pun RM100 sebulan. Tapi bila dekat ofis ada kawan perempuan yang cantik, yang wangi kau sibuk duk melayan nafsu. Satu je la, hati kau tak cukup iman.


Mek, mana lagi 30%?


Another 30% tu atas inisiatif diri bini tu sendiri. Nak melawa nak menghodoh adalah pilihan ditangan masing-masing. Nak lawa tak semestinya kena pakai foundation MAC. Yang krim siang Safi pun kalau kau tepek hari-hari, lawa jugak daripada muka togel. Lipstik tak semestinya kena beli CD, beli SilkyGirl pun ok dah. Merah dah jugak bibir tu daripada pucat lesi macam mayat. Dan yang lain pun. Panjang pulak nak mention satu satu *huhu*.


Sorry kalau entry ni macam bash kaum sendiri, cuma entry ni hanya nak sedarkan diri kita perempuan yang lelaki nafsunya satu dan memang suka tengok keindahan. Tolong ingatkan suami yang selain tanggungjawab dalam rumah, dalam kain, tanggungjawab mencantikkan bini juga adalah tanggungjawabnya. At least sumbanglah apa apa untuk cantikkan bini. Tak dapat sumbang duit, sumbang idea untuk isteri melawa. Gitu.. Ni tak, nak kucing parsi tapi beli kucing siam. Dah tu mula la jemu duk tengok kucing Siam. Cer pergi grooming kucing Siam awak tu, mesti gebus cam kucing Parsi jugak.


Korang ada yang setuju dengan mek? Ke tak setuju? Boleh share dekat komen ❤



Sekian ..


Hasil Daripada Voucher ZALORA

Salam alaikum..


Alhamdulillah, rezeki mek pada awal Disember 2017 dapat voucher ZALORA bernilai seratus. Pada mulanya mek niat nak jual je voucher tu memandangkan mek takde nak barang di ZALORA. Handbag kalau beli sure spouse mek marah sebab beg hantaran tu pun tak pakai. Selipar / sandals / heels mungkin ok sebab boleh gantikan dengan existing yang dah tercabut dia punya tali. Skirt - lawa tapi sayang size mek kebanyakkannya takda. Yang mek tak nak tu ada pulak colournya. Baju? Untuk pengetahuan korang, mek memang pakai baju yang berharga kurang dari duapuloh ringgit.


Mek dah pos dekat FB pasal voucher tu almost two weeks tapi still takda orang masuk meminang. Bincang dengan spouse dia suruh beli je skirts. Tapi macam mek cakap tadi la, nak skirts tapi sizenya pula takde. Akhirnya, mek kena panggil kawan mek yang biasa dengan ZALORA untuk tolong mek membeli belah. So guess what i got..



Sebab semua blogger post gambar parcel, so mek nak tepek jugak kat sini


Tadaa ! Flats Quilted by ZALORA


Sesuai juga untuk kegunaan dalam office


And.. Hmm.. Tote *please La Tarda*


Inilah hasilnya. Semua sekali RM94.00. Yang beg tu RM69 dan flats tu RM25. Alhamdulillah, selesai jugak lunaskan voucher tersebut. Apa apa pun mek nak ucapkan terima kasih pada ZALORA sebab bagi mek peluang ni. Kalau harapkan mek nak beli sendiri, memang tak agaknya beli beg harga 69 *huhu* . Biasa mek beli beg yang harga tigapuloh ke bawah aje. 


Korang yang pernah shopping ZALORA, apa yang korang cari? Nanti share dekat komen mane tahu kalau berkenan, boleh mek jana keuntungan untuk ZALORA pulak lagi sekali ❤



Sekian..


Amani Turns 2 !

Salam alaikum..


Oh, dah dua tahun mek jadi ibu *hihi*. Betul la, anak sulung ni banyak mengajar kita untuk jadi lebih baik. Dan anak sulung ni la bagi kita peluang rasa untuk jadi pregnancy woman and also bravery mother. Mek pun dah pernah karang macam mana mek lahirkan Amani. Korang boleh baca dekat entry December 2015. 


Sempena dengan Amani Turns 2, mek buat la sikit celebration on her birthday. Memang untuk ambik gambar buat kenangan sahaja. Dan that kek of course sebab nak makan plus mek memang hantu kek. Tahun lepas celebration Amani mek buat dekat rumah mummy mek sebab as today 20th Dec, birthday mummy pulak. But tahun ni buat untuk Amani dulu. Another celebration is awaiting *hehe*



Kek Laici from Muhibbah Kota Bharu


Her Robocar Poli is burning


Birthday's Theme : Confinement Period


Simple celebration but of course sebagai kenagan selamanya. Amani nanti dah 20 tahun takkan celebrate birthday macam dia dua tahun dah. Kalau boleh nak sambut birthday anak setiap tahun so they know how mummy sacrifice to give birth for them *kahkah*. 


Korang sambut birthday tak? Biasa on birthday korang celebrate macam mana? Mind to share ❤



Sekian..